Sunday, December 5, 2010

SAlaM MaaL HijRah 1432

salam maal hijrah tO aLL mY PreNdz....
'Dan berpegang teguhlah kepada Tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu) lalu Allah menyatukan antara hati kamu (hingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Kamu dahulu berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (melalui Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayat-Nya' (Ali ‘Imran:103)

MaKa bermulanya lembaran baru untuk kite terus berusaha muhasabah diri bagi mencapai keredhaan YAng MAha KuaSa......amiiinnn...

Friday, December 3, 2010

PrOtOn PaHLaWaN......TeRciPtA SeJaRaH.....PAHLAWAN TUAH , JEBAT, KASTURI, LEKIR, LEKIU

Mana satu nak pilih nie....pening2......tabik springg la proton.....

Photobucket

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Photobucket


Photobucket

Tuesday, November 30, 2010

RON97 kini RM2.30 seliter

 

01/12/2010 2:45am

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Harga minyak petrol RON97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai esok.
Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.
Menurut sumber, pengumuman mengenai kenaikan harga RON97 tidak dibuat secara rasmi oleh kerajaan memandangkan perubahan adalah mengikut harga pasaran dunia.
Ia kenaikan kali kedua sejak kerajaan membuat pelarasan subsidi petrol dan memutuskan untuk mengapungkan harganya dari semasa ke semasa.
Pada 1 November lalu, petrol gred RON97 naik sebanyak 5 sen kepada RM2.15 seliter.
Bagaimanapun, kerajaan masih mengekalkan subsidi petrol RON95 walaupun dikatakan bakal menjejaskan pentadbiran kerajaan.
Pada Oktober lalu, kerajaan menjelaskan perbelanjaan subsidi untuk tahun depan mampu mencecah RM24.9 bilion berbanding tahun ini iaitu RM23.7 bilion.

sumber : utusan online..

Saturday, November 20, 2010

Detox foot patch- Nyah toksin dalam badan


Add caption

 


 Fungsi Dan Keberkesanan 
• Membantu menyerap singkir racun toksin dalam tubuh.
• Melegakan kesakitan dan lenguh otot dan sendi.
• Melegakan kesakitan GOUT.
• Perbaiki edaran darah.
• Mengurangkan alahan (asthma dan lain-lain alahan)
• Menyembuh sakit kepala dan migrane.
• Tingkatkan kecergasan
• Membantu tidur yang lena.
• Mengurangkan tekanan stress
• Memperbaiki sistem penghadaman
• Meningkatkan sistem imunisasi
• Mencegah badan dan kaki berbau
• Membantu menurunkan berat badan.


  Cara Penggunaan

Tanggalkan lapisan pelindung pelekat.
Goncang pad detox supaya serbuk herba rata dan lekatkan bahagian muka yang bercetak kepada pelekat.

Tampalkan pada tapak kaki mengikut zon refleksologi dan biarkan semalaman antara 5 — 8 jam semasa tidur.



Arahan Penggunaan
  
1. Minum segelas air sebelum menggunakan Detox Patch.
2. Guna Detox Patch sebelum tidur sekerap yang mungkin untuk keberkesanan yang maksima.
3. Detox Patch boleh juga ditampal di tapak tangan atau mana-mana bahagian tubuh yang sakit seperti peha, lutut, pinggang, perut dan lengan.
4. Kawal pemakanan dan tidur yang baik untuk mendapakan hasil maksima.
5. Tidak sesuai untuk Ibu hamil dan yang menyusukan anak dan pesakit kronik.
6. Berhenti menggunakan Detox Patch sekiranya mengalami alahan.
7. Simpan pada suhu dingin kering serta jauhkan dari kanak-kanak.
8. Pastikan Detox Patch yang telah digunakan dibuang dengan betul.


Untuk keberkesanan yang maksimum 
Anda disyorkan menguna FOOT DETOX PATCH selama 1 bulan atau warna hitam pada pelekat berkurangan  gunakan ia didua belah tapak kaki selama 5 malam berterusan dan gunakan semula lepas 2 hari dari memakainya (Bertujuan untuk mengumpul toksin yang berkumpul dalam badan kita)  Pakai semula selama 5 malam dan ikut  cara yang digunakan atas seterusnya.
 Cara-cara menyimpan:
* Detox patch adalah untuk Kegunaan luar saja
* Jangan digunakan pada bahagian yang luka, atau mempunyai kulit yang sensitif
* Jauhkan dari kanak-kanak Foot Patch yang Belum atau Telah digunakkan
* Wanita mengandung/menyusu bayi dilarang menggunakan Foot Patch ini
 Mudah,Murah,Jimat masa dan yang penting--- BERKESAN!
harga sekali dengan kotak..satu kotak ada 10 keping..memudahkan anda..
HARGA BARU!!!!
Harga Foot Detox Patch dalam kotak:-
1 kotak   = RM20.00
20 kotak = RM 18.00 sekotak
50 kotak = RM 15.00 sekotak
Dalam sekotak ada 10 keping (5 pasang).

Harga loose pack
1 - 99 keping - RM 1.50
100 - 400 keping - RM 1.00
401 - 500 keping - RM 0.80

 + postage mengikut berat pesanan...

 

Friday, November 19, 2010

Fadhilat Ayatul Kursi

1. Barangsiapa yang membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas Solat Fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, Insya-Allah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya. Juga keluarga, anak-anak, dan harta bendanya akan terpelihara dengan izin Allah SWT.

2. Orang yang beramal dengan bacaan ayat Al-Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah s.w.t. daripada gangguan serta hasutan syaitan.

3. Pengamal ayat Al-Kursi juga dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Al-Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Al-Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

4. Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

5. Ayat Al-Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Al-Kursi 100 kali, Insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. 

Thursday, November 18, 2010

kehidupan...

DUGAAN KEGAGALAN SETELAH BERUSAHA
Di dalam menjalani liku-liku kehidupan, kita tidak akan dapat lari daripada diuji dengan pelbagai dugaan dan rintangan daripada Allah Taala. Ujian yang datang tidak kira masa dan siapa sudah tentulah tersembunyi segala hikmah dan akan menjadikan diri kita lebih kuat.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
(Surah al-Anbiya: Ayat 35).
Setelah kita penat berusaha bersungguh-sungguh untuk memilih kebaikkan dan kejayaan, sebagai umat Islam yang menyakini kekuasaanNya, kita disarankan untuk berdoa memohon diperkenan daripadaNya. Ini kerana Allah Taala sentiasa mendengar segala permohonan dan rintihan hamba-hambaNya.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(Surah al-Baqarah: Ayat 186).
Walaubagaimanapun, kadang-kala apa yang kita doa dan pohon tidak semestinya diperolehi dan dimakbulkan pada ketika itu. Jika berlaku perkara ini, kita perlulah berbaik kepada konsep mengimani Qadha dan Qadar iaitu:
- Menisbahkan kepada Allah Taala di atas segala yang berlaku di dunia ini samada ia sesuatu kebaikkan ataupun keburukkan.
- Beriman bahawa hanya Allah Taala yang memiliki kuasa mutlak menentukan urusan di dunia ini walaupun kita diberikan pilihan untuk berusaha bersungguh-sungguh.
- Menyedarkan bahawa hakikat manusia itu lemah dan perlu kepada Allah Taala.
- Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari pengetahuan hamba adalah supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya.
Selain itu, dugaan juga datang bersama tujuan dan hikmah yang tersembunyi. Ia memerlukan masa untuk manusia memperhalusi sebab dan punca sesuatu perkara itu berlaku. Hikmah itu pula kadang-kala kita sedari setelah sesuatu ujian yang menimpa kita itu berlalu atau juga langsung tidak kita ketahui sehingga akhir hayat kita.
Firman Allah Taala bermaksud:
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
(Surah al-Mulk: Ayat 2).